Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kerajaan akan Menerbitkan Dokumentari bagi Memperingati Jasa Allahyarham Tun Abdullah

By 2 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rahman Ishak (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 17 Apr (MalaysiaAktif) – Kerajaan akan menerbitkan dokumentari  bagi memperingati segala jasa-jasa bekas Perdana Menteri Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Saya juga telah minta supaya siri dokumentari dan bahan-bahan berkaitan jasa dan bakti Tun Abdullah dapat disiarkan dan disampaikan kepada rakyat.

“Terutama bagi anak-anak muda yang mungkin tidak berapa mengenali dan mengingati jasa Tun Abdullah Ahmad Badawi,” kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Fahmi, berkata demikian dalam Sidang Media Mingguan, di Lobi Menara Angkasapuri, dekat sini hari ini.

Pada sidang media tersebut jurucakap kerajaan itu turut mengulas lawatan Presiden China Xi Jinping ke negara ini.

“Sudah pasti selain daripada 31 buah MoU (memorandum persefahaman) yang telah ditandatangani dan disaksikan semalam oleh kedua-dua Tuan Yang Terutama Presiden Xi Jinping dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ini adalah satu pencapaian, jumlah yang bersejarah, jumlah yang tinggi.

“Saya lihat lawatan negara ini bukan hanya sangat berjaya merapatkan hubungan dagang di antara kedua-dua negara, tapi saya juga lihat ia telah berjaya mengeratkan hubungan di antara Presiden Xi dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda