
Laporan/foto: Syafiq Saleh (Selangor)
SHAH ALAM, 30 Apr (MalaysiaAktif) – Bandar Diraja Klang bakal menjadi tumpuan apabila lebih 5,000 orang dijangka hadir ke KSL Esplanade Mall sempena Sambutan Hari Belia Negara (HBN) peringkat Negeri Selangor 2025.

Najwan menyerahan sijil penghargaan Rakan Strategik Sambutan HBN Selangor 2025.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor Mohd Najwan Halimi, berkata sebelum ini Sambutan HBN diadakan serentak di seluruh negara namun tahun ini sambutan dilaksanakan secara berasingan, di peringkat daerah pada 15 Mei manakala sambutan diperingkat negeri akan diadakan pada 17 dan 18 Mei 2025.
“Pada sambutan kali ini kita membawakan tema ‘Yakin Boleh’ yang mengambarkan golongan belia yang masa kini perlu memiliki keyakinan dalam menghadapi pelbagai cabaran pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini semalam.
Menurutnya lagi, majlis tersbut akan disempurnakan oleh Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
“Menteri Besar juga akan menyampaikan anugerah pemenang bagi Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Selangor.

Sesi bergambar rakan strategik pelaksanaan Sambutan HBN 2025.
“Untuk menyemarakkan sambutan HBN 2025 tahun ini satu khutbah khas akan disampaikan di masjid seluruh negara pada hari Jumaat, 9 Mei 2025,” katanya
Pelbagai Aktiviti menarik disediakan oleh penganjur untuk pengunjung yang akan menghadiri Sambutan HBN melalui 13 Segmen dan Pavilion utama antaranya Port Gaya dan Trend, Jentera Anak Muda, e-sukan dan lain-lain lagi.
Pelaksanaan Sambutan HBN 2025 merupakan suatu penghargaan dan pengiktirafan daripada pihak kerajaan kepada golongan belia yang menyumbang kepada pembangunan negara.
-ZS-