Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Komuniti Bidayuh Zon Krokong Meriahkan Program JIWA@Komuniti di Kampung Peros

By 28 April 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Sumardi Sugiman / Jaclson Abell (Sarawak)

BAU, 28 Apr (MalaysiaAktif) – Hari bekerja bukan halangan bagi ibu bapa dan belia dari 10 buah kampung masyarakat Bidayuh di Zon Krokong untuk hadir memeriahkan Program JIWA@Komuniti MADANI: Sembang Santai Komuniti MADANI Kampung Peros, di sini semalam.

Peserta ramai mengunjungi Sudut Maklumat Rakyat JAPEN Bau di sini semalam untuk mendapatkan bahan penerbitan.

Program yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan (JAPEN) Daerah Bau ini berlangsung di Balai Raya Kampung Peros dan bertujuan memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap inisiatif kerajaan serta isu-isu semasa melalui pendekatan santai dan mesra komuniti.

Antara pengisian utama program ialah penerapan lima Prinsip Rukun Negara serta sesi kesedaran berkaitan keselamatan dalam talian, penularan berita palsu, isu buli siber dan sensitiviti isu 3R (Kaum, Agama dan Institusi Diraja).

Ketua Komuniti MADANI Kampung Peros, Sata Najoi, 60, dalam ucapannya menekankan pentingnya peranan ibu bapa dan belia dalam mendepani cabaran era digital, khususnya berkaitan penularan maklumat tidak sahih di media sosial.

Sesi soal jawab antara peserta dan JAPEN Bau  menjelaskan inisiatif kerajaan dan isu semasa kepada komuniti semalam.

“Kalau tidak pasti, jangan kongsi. Perbuatan menyebarkan maklumat palsu boleh menimbulkan kebimbangan dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat serta memberi kesan negatif. Begitu juga isu keselamatan siber, buli dalam talian, dan 3R perlu difahami dan diberi perhatian oleh semua lapisan masyarakat demi kesejahteraan bersama,” ujarnya.

Program ini turut dihadiri Pegawai Penerangan Daerah Bau, Sumardi Sugiman, serta penduduk setempat yang memberi sambutan hangat kepada inisiatif Komuniti MADANI ini.

 

 

-RJ-

Tinggalkan komen anda