Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Komuniti MADANI Bagan Jermal Cakna AI

By 2 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: R.Vikkneswaran (Seberang Perai Utara)

BUTTERWORTH, 22 Apr (MalaysiaAktif) – Seramai 30 peserta menyertai Program Slot Khas NADI Bersama Komuniti MADANI yang berlangsung di NADI Bagan Jermal, Medan Melur Selatan, Taman Sin Tat, di sini semalam.

Peserta dari Komuniti MADANI Bagan Jermal bersemangat mempelajari asas AI.

Program yang mengetengahkan Free Digital Clinic ini memberi fokus kepada pemahaman serta penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI), khususnya aplikasi ChatGPT dalam usaha meningkatkan kecekapan kerja dan pembelajaran harian.

Antara pengisian menarik termasuk kursus asas penggunaan ChatGPT, demonstrasi interaktif serta sesi soal jawab bagi memberi pencerahan lanjut kepada peserta.

Peserta turut diberikan panduan komprehensif merangkumi aspek pengurusan data, eksplorasi fungsi lanjutan, serta kelebihan dan batasan teknologi AI dalam konteks komuniti.

Peserta dari Komuniti MADANI Bagan Jermal bersemangat mempelajari asas AI.

Salah seorang peserta, Tan Kim Nee, 40, menyifatkan program ini sebagai sangat bermanfaat kerana membuka ruang kepada pemahaman teknologi moden yang semakin relevan.

“Tak sia-sia saya hadir hari ini, kini saya lebih faham bagaimana nak menggunakan ChatGPT dalam tugasan kerja harian dan juga dalam membantu pembelajaran anak-anak di rumah,” katanya.

Inisiatif ini bukan sahaja memperkasa literasi digital dalam kalangan komuniti setempat, malah turut menyokong aspirasi Malaysia MADANI ke arah masyarakat yang berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda