
Laporan/Foto oleh: Felix Harus / Daniel Shuaib (Sarawak)
LUNDU, 28 Apr (MalaysiaAktif) – Komuniti MADANI dan masyarakat setempat disarankan untuk terus mengekalkan semangat kebersamaan melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong.

Aktiviti gotong-royong kukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk Kampung Opar.
Pegawai Penerangan Daerah Lundu, Aishah Latip yang mewakili Pengarah Penerangan Negeri Sarawak dalam ucapan penangguhan Program JIWA Komuniti MADANI (Kemasyarakatan) Kampung Opar di sini semalam berkata, amalan tersebut mampu mewujudkan komuniti yang selamat, harmoni dan sejahtera untuk didiami oleh semua lapisan masyarakat.

Senam robik dan poco-poco menceriakan permulaan program kemasyarakatan Komuniti MADANI.
“Semangat gotong-royong serta sikap prihatin terhadap kebersihan, keselamatan dan keharmonian yang terus diamalkan dalam kalangan masyarakat kampung ini harus dikekalkan. Semangat ini membuktikan bahawa komuniti di kawasan ini bukan sahaja aktif malah mempunyai sifat kebertanggungjawaban yang tinggi,” ujar Aishah.
Majlis kemasyarakatan tersebut dimulakan dengan senam robik dan poco-poco, diikuti dengan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan Balai Raya Kampung Opar.
Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Komuniti MADANI Kampung Opar, Raymond Tawok.
-RJ-