
Laporan/foto: Lyana Athirah Mohd Saad/Noor Syuhada Muhamad Yasin (Pokok Sena)
ALOR SETAR, 3 Apr (MalaysiaAktif) – Komuniti MADANI adalah sebagai penyampai maklumat kerajaan kepada rakyat terutamanya masyarakat setempat di sesebuah komuniti.

Ucapan oleh Ketua Komuniti MADANI Jalan Tun Razak – Jalan Stadium.
“Program-program seperti ini merupakan salah satu cara untuk menghubungkan sesama masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa,” kata Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Dato’ Wira Mahfuz Omar sempena Program Jiwa @ Komuniti MADANI Jalan Tun Razak – Jalan Stadium, di sini semalam.
Katanya lagi, program ini dapat mengeratkan hubungan sesama masyarakat dengan lebih mesra yang berlainan agama dan bangsa serta dapat mengelakkan persengketaan.
Menurut Ketua Komuniti MADANI tersebut, Zamani Hanafi, Komuniti MADANI Jalan Tun Razak – Jalan Stadium di bawah Jabatan Penerangan Kedah akan terus komited mengadakan program bagi menyampaikan maklumat dan dasar-dasar kerajaan.

Orang ramai mendengar ucapan dan taklimat.
-ZS-