Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Komuniti MADANI Sebobok Seru Amalan Rukun Negara Bermula dari Rumah

By 2 minutes yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sumardi Sugiman / Jackson Abell (Sarawak)

BAU, 25 Apr (MalaysiaAktif) – Komuniti MADANI Kampung Sebobok menyeru agar setiap ahli masyarakat meningkatkan pemahaman, penghayatan dan pengamalan lima prinsip Rukun Negara bermula dari rumah, sebagai usaha menyemai nilai murni dalam keluarga dan masyarakat.

Denis mengadakan sesi sembang santai dan mengedarkan bahan penerbitan JAPEN kepada para peserta di Balairaya Kampung Sebobok, pagi semalam.

Ketua Komuniti MADANI Kampung Sebobok, Avidin Nilos, 49, berkata ibu bapa harus menjadi contoh terbaik dalam membentuk sahsiah anak-anak melalui tutur kata dan tingkah laku yang selari dengan prinsip Rukun Negara.

“Langkah ini penting untuk memperkukuh perpaduan dan memelihara adab dalam kalangan masyarakat berbilang kaum,” katanya dalam satu program yang turut dihadiri Pegawai Penerangan Daerah Bau, Sumardi Sugiman.

Beliau turut menekankan cabaran semasa seperti keselamatan dalam talian, penyebaran berita palsu, isu 3R (Kaum, Agama, Institusi Diraja), penipuan siber dan buli perlu ditangani bersama agar tidak menjejaskan keharmonian keluarga dan masyarakat.

-RJ-

Tinggalkan komen anda