
Laporan/foto: Lyana Athirah Mohd Saad/Noor Syuhada Muhamad Yasin (Pokok Sena)
KOTA SETAR, 19 Apr (MalaysiaAktif) – Komuniti MADANI akan terus proaktif membantu kerajaan memberi maklumat yang sahih kepada masyarakat setempat.

Orang ramai mendengar taklimat.
Ketua Komuniti MADANI Jalan Langgar – Jalan Teluk Wanjah Yeoh Cheong Aun, berkata Komuniti MADANI juga dapat mengukuhkan semangat perpaduan rakyat di negara ini tanpa mengira lapisan masyarakat.
Beliau turut merasmikan Program Jiwa@Komuniti MADANI Jalan Langgar – Jalan Teluk Wanjah yang berlangsung di Teluk Wanjah.

Ucapan oleh Ketua Komuniti Madani Jalan Langgar – Jalan Teluk Wanjah.
Tetamu yang hadir juga diberikan taklimat untuk sentiasa berhati-hati dengan Isu Sindiket Penipuan Tawaran Pekerjaan di Luar Negara. Mereka dinasihatkan untuk tidak terpedaya dengan tawaran yang tidak logik dan menjadi mangsa sindiket penipuan berkenaan.
-ZS-