Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Komuniti MADANI Wadah Perkongsian Informasi

By 13 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Armizie Hanazifs Ahmad/Hafizullah Abd Aziz (Pendang)

PENDANG, 12 Apr (MalaysiaAktif) – Komuniti MADANI memainkan peranan besar dalam membantu menyampaikan maklumat tepat dan sahih berkenaan dasar dan program yang dilaksanakan oleh kerajaan kepada masyarakat setempat.

Sebahagian peserta yang hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri membuktikan kepelbagaian kaum sentiasa diraikan di negara kita.

Selain menganjurkan program yang menjadi wadah perkongsian informasi kepada orang ramai, Komuniti MADANI juga dapat memupuk semangat perpaduan, nilai-nilai murni dan kenegaraan dalam kalangan masyarakat apabila semua kaum dapat duduk bersama dalam menjayakan sesebuah program yang dianjurkan.

Pengerusi Komuniti MADANI Kampung Batu 16 Syed Fadzil Syed Ibrahim ketika ditemui dalam Program Rumah Terbuka Aidilfitri Kampung Batu 16, berkata setiap program yang dianjurkan oleh komuniti semestinya akan melibatkan kepelbagaian kaum di sekitar kampung itu.

“Kita hidup serumpun di dalam sebuah kampung dan kawasan berhampiran, jadi saya turut menjemput mereka untuk datang dan saya sangat berbesar hati apabila kaum Cina turut hadir bersama-sama dalam menjayakan setiap program yang dianjurkan termasuklah program rumah terbuka pada hari ini,” ujarnya.

Mengambil kesempatan meraikan tetamu dan peserta program pada hari ini, Pegawai Penerangan Daerah Pendang Syamimi Aaizag Ibrahim turut berkongsi informasi berkenaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Keselamatan Dalam Talian serta penggunaan Artificial Intelligence Fast-check Assistant (AIFA) Chatbox.

Program Sambutan Rumah Terbuka Aidilftri Komuniti MADANI Kampung Batu 16.

Mengakui mendapat informasi melalui program sebegini meyakinkan beliau untuk berkongsi dengan orang lain, Ahli Jawatankuasa Komuniti MADANI Kampung Batu 16, Musliha Usman, berkata beliau tidak berani berkongsi informasi yang tidak diketahui kesahihannya.

“Apabila kita mengadakan program perkongsian informasi sebegini dan mendapat maklumat yang tepat, barulah kami yakin untuk membantu menyebarkan kepada orang ramai,” jelasnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda