Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Kota Vista MTB International Jamboree Tingkatkan Ekonomi Pekan Teluk Sengat

By 59 minutes yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ashikin Mustafa (Kota Tinggi)

KOTA TINGGI, 29 Apr (MalaysiaAktif) – Kota Vista International MTB Jamboree 1.0 sempena Teluk Sengat Festival 2025 di Pekan Teluk Sengat yang menghimpunkan pelumba-pelumba basikal dalam dan luar negara telah berlangsung pada 26 dan 27 April lalu.

Penganjur Kota Vista International MTB Jamboree 1.0, Nur Farhana Zakaria, 38, berkata pertandingan berbasikal ini terbahagi kepada beberapa kategori iaitu EBike, FatBike dan Kategori Terbuka untuk peserta lelaki dan wanita.

“Pertandingan ini telah disertai seramai 830 peserta daripada lima buah negara dan bertujuan mempromosikan Pekan Teluk Sengat yang kaya dengan makanan laut kepada pelumba-pelumba basikal.

“Selain itu, festival ini telah memberi manfaat kepada komuniti peniaga kecil, pengusaha penginapan dan termasuklah premis makanan serta perniagaan lain” ujarnya kelmarin.

Pada pertandingan kali ini, para peserta dikehendaki berbasikal sejauh 35 kilometer.

Antara cabarannya adalah para peserta akan melalui off road (luar jalan raya), kawasan berbukit dan kawasan air sebelum sampai ke garisan penamat.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Pelancongan Daerah Kota Tinggi Refeah Mohd Noah, Penolong Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Johor Abd Rauf Abd Rahman dan Penghulu Tertinggi Daerah Kota Tinggi Muhammad Nazri Kasmen.

-ZS-

Tinggalkan komen anda