Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

KPPA Seru Penjawat Awam Laksana Anjakan Baharu

By 47 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mastura Mohamed Rowther/Shamsul Bahari Abd Shukor

BUTTERWORTH, 18 Apr (MalaysiaAktif) – Penjawat awam diseru untuk mengambil inisiatif mencari pendekatan baharu dan lebih cekap dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat, sejajar dengan agenda reformasi sektor perkhidmatan awam yang digariskan oleh Kerajaan MADANI.

Sesi Bual Bicara bersama Ahmad Dahlan dan moderator Sayed Munawar Sayed Mustar.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, berkata pendekatan ini penting bagi memastikan rakyat mendapat manfaat setimpal terutama selepas kerajaan mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam selepas lebih 12 tahun.

“Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim amat menekankan kepantasan dan keberkesanan dalam penyampaian perkhidmatan.

“Saya tidak mahu lagi ada rungutan daripada rakyat tentang perkhidmatan yang tidak cepat kerana kerajaan menekankan kepada kepantasan,” katanya selepas merasmikan Bicara Aspirasi H.E.M.A.T: Aspirasi Menuju Reformasi Zon Utara dan pelancaran Buku Aspirasi H.E.M.A.T: Aspirasi Menuju Reformasi, di sini semalam.

Ahmad Dahlan menurunkan tandatangan pada naskah buku H.E.M.A.T

H.E.M.A.T adalah akronim kepada Hijrah Tatakelola, Empati Rakyat, Minda Pekin, Apresiasi Inovasi dan Telus Tadbiran, yang mengkehendaki penjawat awam untuk sentiasa berani berhijrah menerusi kepekaan dengan tuntutan perubahan semasa, menjalankan tugas dengan rapi, cekap dalam pelaksanaan tugas dan mengamalkan komunikasi secara efisien.

-ZS-

Tinggalkan komen anda