
Laporan/foto: M Zakry Chan
DURIAN TUNGGAL, 30 Apr (MalaysiaAktif) – Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang diwujudkan untuk memastikan keamanan, keselamatan kawasan sekitar melalui rondaan wajib dan meningkatkan perhubungan antara kaum dalam komuniti taman.

Zaki Dol memberi taklimat berkaitan isu yang berlaku di kejiranan
Menurut Pengerusi KRT Taman Kenari Jaya, Zaki Dol, banyak isu berkaitan keselamatan di kejiranan dapat diselesaikan melalui platform KRT, contohnya isu lori yang membawa keluar kayu-kayu getah menggunakan jalan masuk taman hingga mewujudkan suasana tidak selesa.
Isu ini telah dibawa oleh pihak KRT kepada pengetahuan pihak berkuasa Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya dan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Kawasan Durian Tunggal.
Maka berlaku perbincangan antara pihak-pihak terlibat yang memutuskan bahawa lori tidak dibenarkan mengguna jalan taman.
“Peranan KRT amat penting dan saya menyeru penduduk taman terus bekerjasama memperkukuhkan hubungan kejiranan bagi menyelesaikan pelbagai isu-isu supaya kehidupan kita aman dan damai dalam komuniti,” ujarnya ketika ditemui selepas pertemuan empat mata dengan pihak pengusaha pengangkutan, semalam.
-AA-