Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Kuih Tiram dan Sewaan Khemah Bantu Jana Pendapatan

By 41 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Malini Md Yunos

REMBAU, 28 Apr (MalaysiaAktif) – Simbolik menandatangani plak merupakan gimik perasmian Projek Kuih Tiram dan Perkhidmatan Sewaan Khemah JPKK Kampung Padang Lebar/Sungai Layang yang disempurnakan oleh YB Suhaimi Aini, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kota, semalam.

YB Suhaimi ketika menyampaikan ucapan perasmian

“Saya merakamkan ucapan tahniah kepada JPKK Kampung Padang Lebar/Sungai Layang kerana berjaya menerima geran SejaTi MADANI sebanyak RM100,000 pada Oktober 2024 dengan mengusahakan projek kuih tiram dan perkhidmatan sewaan khemah dengan harapan hasil keuntungan jualan dan perkhidmatan dapat menjana pendapatan JPKK dan memberi pulangan manfaat kepada penduduk tempatan,” katanya.

Menurutnya kepimpinan sekarang sentiasa menyokong dan membuka ruang khidmat nasihat kepada JPKK yang aktif berusaha menjana pendapatan melalui projek SejaTi MADANI mampu membangunkan kampung dan menaik taraf kehidupan penduduk yang lebih baik pada masa akan datang.

Menurut Ibrahim Hj. Ghani, 65, projek yang diusahakan JPKK Kampung Padang Lebar/Sungai Layang diharapkan akan berterusan kerana anggaran kasar hasil keuntungan jualan dan permintaan sewaan boleh mencapai sehingga RM6,000 sebulan dan dapat digunakan semula membantu penduduk kampung yang memerlukan terutama bab kebajikan dan bantuan ketika bencana.

Projek ini secara langsung membuka peluang pekerjaan dan dorongan menambah pendapatan penduduk kampung.

Turut diadakan Jamuan Hari Raya Adilfitri anjuran bersama KRT Sungai Layang dan NGO BARA.

-AA-

Tinggalkan komen anda