
Laporan/foto: Muhamad Haizir/Hazwan Hassan (Langkawi)
LANGKAWI, 17 Apr (MalaysiaAktif) – Pulau Langkawi bakal dibanjiri pelancong dari negara Uzbekistan tidak lama lagi.

Sesi B2B sedang dijalankan di Dewan Ballroom Baharu Pelangi Beach Resort and Spa.
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan Kerjasama Syarikat Penerbangan Batik Air akan mumbuka lembaran baharu apabila buat kali pertama membuka laluan penerbangan terus dari Taskent ke Langkawi.
“Kerjasama pihak LADA dengan Batik Air dijangka akan membawa lebih ramai pelancong dari negara Uzbekistan di mana penerbangan terus dari Taskent ke Langkawi sebanyak empat kali sebulan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif LADA Datuk Haslina Abdul Hamid, di sini semalam.
Pihak LADA telah mengajurkan satu program bisness to bisness (B2B) bersama 20 orang agensi pengembaraan yang bertujuan untuk memperkenalkan produk dan pengalaman pelancongan di Langkawi.
Para Peserta telah dibawa melawat beberapa tarikan ikonik Langkawi seperti Langkawi SkyCab, Kilim Karst Geoforest Park serta pelayaran sunset dinner cruise.

Ketibaan seramai 30 orang rombongan delegasi dari negara Uzbekistan yang terdiri daripada pemain industri pelancongan.
Wakil usahawan pusat kesihatan dan kecantikan Khairul Anwar Abdul Rahman, berkata usaha pihak LADA membawa laluan penerbangan terus yang baharu dari Taskent ini sangat berharga buat pengusaha dan peniaga bagi meningkatkan ekonomi di Langkawi.
Turut hadir wakil Syarikat Penerbangan Batik Air Abdulaziz Abduvakhobov.
-ZS-