Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Laporan Awal Siasatan Letupan Paip Gas di Putra Heights Seminggu Lagi

By 18 minutes yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

RAWANG, 18 Apr (MalaysiaAktif) – Laporan awal siasatan kejadian paip gas meletup di Putra Heights pada 1 April lalu dijangka dapat diperolehi seminggu lagi.

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan Datuk Seri Amirudin Shari bergambar bersama pegawai kanan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, berkata laporan tersebut berhubung penemuan di lokasi kejadian tersebut.

“Kerja korek tanah telah selesai dan sudah jumpa paip yang meletup,” katanya.

Menurutnya, ketika ini kajian forensik sedang dilakukan pihak forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Balai Polis Bandar Country Homes yang disempurnakan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

-AA-

Tinggalkan komen anda