Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Lebih 500 Sukarelawan IPT Sertai Ops Mega Pembersihan

By 15 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norshazila Ahmad (Selangor)

SUBANG JAYA, 14 Apr (MalaysiaAktif) – Walaupun cuaca panas dan terik, tidak menghalang lebih 500 sukarelawan dari Institut Pengajian Tinggi (IPT) sertai Ops Mega Pembersihan pascakebakaran saluran paip gas di Putra Heights, di sini semalam.

Wan Nurriduan (kanan) bersama sukarelawan SUKSIS UPM dan anggota Bomba yang menyertai Ops Mega Pembersihan pascakebakaran saluran paip gas di Putra Heights di kawasan Taman Putra Harmoni

Pegawai Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Wan Nurriduan Zulkarnain Wan Zainuddin yang juga merupakan penyelaras sukarelawan UPM berkata lebih 300 sukarelawan UPM yang menyertai Ops Mega Pembersihan yang berlangsung semalam dan kelmarin.

“Hari ini sahaja seramai 138 sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) UPM yang turun bergotong royong membantu anggota dalam operasi pembersihan di kawasan Taman Putra Harmoni.

Dinie (kanan) bersama rakannya yang juga merupakan sukarelawan SUKSIS UPM sedang membersihkan kawasan perumahan di Taman Putra Harmoni

“Saya bangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh sukarelawan UPM yang secara sukarela membantu membersihkan kawasan yang terjejas akibat kebakaran saluran gas di Putra Heights,” katanya yang ditemui ketika Ops Mega Pembersihan semalam.

Wan Nurriduan turut bersimpati melihat keadaan rumah mangsa yang terjejas dan berharap sumbangan tenaga yang diberikan dapat membantu agensi-agensi yang terlibat dalam operasi ini.

Sementara itu, sukarelawan UPM, Dinie Afiqah Suhirman, 22, bersyukur diberi peluang membantu kerja-kerja pembersihan dan ianya merupakan pengalaman yang bermakna buat saya dan rakan-rakan yang lain.

“Saya bersimpati dengan apa yang berlaku dan berharap sumbangan kecil ini dapat membantu penduduk di sini membersihkan kawasan perumahan mereka,” katanya yang telah beberapa kali menyertai program sukarelawan.

Lebih 500 pelajar dari 10 IPT menyertai Ops Mega Pembersihan di Taman Putra Heights dan Kampung Kuala Sungai Baru bermula Sabtu antaranya UPM, UiTM Shah Alam, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan Universiti Islam Selangor.

Operasi selama dua hari bermula semalam membabitkan lebih 4,000 sukarelawan daripada lebih 20 agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) digerakkan ke 12 zon di Taman Putra Harmoni dan Kampung Kuala Sungai Baru.

-AA-

Tinggalkan komen anda