Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Lebih 800 Produk Pelancongan Sokong Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026

By 6 April 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan

MELAKA, 6 Apr (MalaysiaAktif) – Melaka telah diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah bagi pelancaran tahun melawat Malaysia 2026 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat Kebangsaan 2025 bertempat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, di sini semalam.

Perdana Menteri di Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Peringkat Kebangsaan 2025.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata atas sebab itu juga, kerajaan negeri telah meluncurkan lebih 800 produk pelancongan bagi menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 sekali gus memastikan Melaka kekal sebagai negeri destinasi utama pilihan pelancong.

“Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah untuk acara-acara berprestij ini bukan sekadar satu pengiktirafan, tetapi sebagai pemangkin kepada pertumbuhan pesat industri pelancongan negeri sekali gus akan memberi limpahan manfaat kepada rakyat Melaka, ekonomi tempatan dan hasil kepada negara.

“Pada 2024 telah menyaksikan negeri ini mencatatkan kemasukan lebih 15 juta pelancong dengan peningkatan sebanyak 74.21 peratus berbanding tahun 2023, sekali gus menjana pendapatan pelancongan sebanyak 12.68 bilion ringgit,” katanya.

Menurutnya lagi, sebagai kesinambungan kepada tersebut, kerajaan negeri akan meneruskan inisiatif Tahun Melawat Melaka sehingga tahun 2026.

“Seiring dengan sasaran Tahun Melawat Malaysia untuk menggamit seramai 35.6 juta pelancong ke Malaysia,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda