
Laporan/foto: Emran (Lipis)
LIPIS, 21 Apr (MalaysiaAktif) – Peluang pekerjaan yang lebih banyak akan diwujudkan untuk rakyat tempatan.
Ahli Parlimen Lipis Datuk Sri Abdul Rahman Mohamad, berkata beliau tekad untuk memberi fokus kepada membawa lebih banyak peluang pekerjaan di daerah ini.
Menurutnya, dengan terbinanya kilang peluru sedikit sebanyak dapat memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang menyantuni majlis resepsi perkahwinan.
“Selain itu, kita juga komited untuk melatih generasi muda dengan kemahiran yang relevan, serta membina asas kukuh agar rakyat Lipis mampu berdaya saing dalam bidang yang berpotensi baik di tanah sendiri mahu pun di persada dunia,” ujarnya sewaktu berucap di Majlis Sambutan Aidilfitri Parlimen Lipis, Sabtu lalu.
Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan berangkat ke majlis berkenaan.
Abdul Rahman yang merupakan Timbalan Menteri Sumber Manusia turut meraikan majlis perkahwinan anaknya di majlis yang sama.
-ZS-