Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Lebih RM45,500 Disalur oleh YaPEIM untuk Pembangunan Ekonomi Islam di Kelantan

By 1 hari yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zulfadli

MACHANG, 25 Apr 2025 (MalaysiaAktif) – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) telah menyalurkan sumbangan berjumlah RM45,500 bagi memperkukuh pembangunan ekonomi Islam di seluruh negeri Kelantan.

Penerima-penerima sumbangan bergambar beramai-ramai

Sumbangan tersebut diagihkan mengikut tiga kategori utama iaitu Pembangunan Institusi sebanyak RM15,000, Pembangunan Ekonomi dan Pendidikan sebanyak RM15,000, serta Program Aidilfitri MADANI YaPEIM sebanyak RM15,000.

Antara hadirin yang hadir

Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Pengarah/Ketua Divisyen Perkhidmatan Korporat YaPEIM, Nik Azlan Nik Abdullah, dalam satu majlis sempena Program Aidilfitri MADANI YaPEIM yang berlangsung di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Machang, hari ini.

Menurut Nik Azlan, selain menyantuni golongan memerlukan melalui Tabung Amanah YaPEIM, pihaknya juga menyediakan kemudahan mikrokredit Ar-Rahnu YaPEIM, sebagai satu alternatif pembiayaan yang cepat, mudah dan beramanah untuk golongan berpendapatan rendah.

“Ar-Rahnu YaPEIM memberi peluang kepada masyarakat, terutamanya usahawan kecil, untuk menjana pendapatan dan membangunkan ekonomi ummah melalui modal perniagaan mikro serta aktiviti produktif lain,” ujarnya ketika merasmikan majlis tersebut.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada para penyumbang Tabung Amanah YaPEIM atas kepercayaan dan sokongan yang berterusan.

“Alhamdulillah, hasil sumbangan orang ramai, ramai individu serta keluarga yang memerlukan telah berjaya dibantu melalui pelbagai program yang dirancang dan dilaksanakan oleh YaPEIM,” tambahnya.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Kelantan, Meer Zhar Farouk Amir Razli, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Mohd Nasir Ismail, Timbalan Pendaftar Kanan, Hishamudin Mohd Twontawi, serta barisan pengurusan YaPEIM termasuk Timbalan Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan & Pemasaran Koperasi YaPEIM Berhad, Mohd Zul Azri Mahat, dan Pengurus Wilayah Timur YaPEIM, Nik Mohd Nurul Ihsan Salleh.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran wakil-wakil pelajar serta ketua-ketua jabatan dan agensi daerah Machang.

-AA-

Tinggalkan komen anda