Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Malaysia Terajui ASEAN, Warisan Tempatan Raih Pengiktirafan Dunia

By 14 minutes yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norfaizah Adnan/Muhaimin Musa (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 25 Apr (MalaysiaAktif) – Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang telah merasmikan Majlis Peluncuran Pameran Semangat ASEAN dan Pameran Karya Agung anjuran Jabatan Muzium Malaysia (JMM) pada majlis sambutan Aidilfitri semalam.

Acara memotong reben bagi Pameran Karya Agung

Menurut beliau, karya agung Hamzah Fansuri juga turut tersenarai hasil pencalonan bersama Perpustakaan Negara Malaysia dan Perpustakaan Republik Indonesia.

Aaron Ago Dagang melihat Pameran ASEAN yang dipamerkan di Muzium Negara

“Pengiktirafan ini amat signifikan kepada Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 yang bertemakan Keterangkuman dan Kemampanan,” ujarnya.

Bagi meraikan kepelbagaian budaya dan warisan serantau, JMM menganjurkan dua pameran besar – Pameran Semangat ASEAN dari 21 April hingga 31 Ogos 2025 dan Pameran Karya Agung dari 15 April hingga 30 Jun 2025.

Pelbagai program sampingan seperti Wacana Kraf, Demonstrasi Kraf dan Aktiviti Interaktif turut disediakan bagi mendekatkan masyarakat dengan dunia seni dan warisan secara menyeluruh.

-AA-

Tinggalkan komen anda