Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

MATTA Fair Negeri Sembilan Kembali Lagi

By 48 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hasrulazlinda Hassan/Mohd Shahril Alias (Negeri Sembilan)

SEREMBAN, 26 Apr (Malaysiaaktif) – 48 buah reruai tersedia untuk menerima pengunjung MATTA Fair Negeri Sembilan 2025 dari 25 hingga 27 April ini bertempat di Palm Mall Seremban, bermula dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Antara pempamer yang menyertai MATTA Fair Negeri Sembilan.

Majlis Perasmian MATTA Fair ini telah dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan Nicole Tan Lee Koon, di sini semalam.

“Saya berharap agar Matta Fair yang dianjurkan ini mendapat sambutan yang menggalakkan, sementelahan lagi pada tahun hadapan Negeri Sembilan juga akan menganjurkan Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026.

“MATTA Fair juga memberi peluang kepada agensi-agensi pelancongan mendapat pelanggan yang akan menggunakan perkhidmatan mereka semasa melancong di Malaysia, serta Negeri Sembilan khususnya dan diharap membawa pulangan yang bagus untuk ekonomi negeri,” katanya lagi semasa merasmikan majlis.

Penyampaian cenderahati.

Majlis juga turut dihadiri oleh Timbalan Presiden MATTA Sheikh Awadh Abdullah dan Pengerusi Penganjur MATTA Fair Negeri Sembilan Lee Fook Moi.

Antara agensi yang terlibat secara langsung di pameran ini ialah Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, AG Holiday Sdn Bhd, Mewah Travel Services Sdn Bhd, TH Travel Services Sdn Bhd.

-ZS-

Tinggalkan komen anda