
Laporan/foto: R.Vikkneswaran/Mohd Ridhuan (Seberang Perai Utara)
PERMATANG BERANGAN, 19 Apr (MalaysiaAktif) – Seramai 428 murid sekolah rendah dari seluruh daerah Seberang Perai Utara telah menyertai Kejohanan Merentas Desa 2025 yang berlangsung, di sini kelmarin.
Menurut guru di Sekolah Kebangsaan Pokok Sena Khairul Ikmal Rosli, 35, kejohanan ini bukan sahaja menjadi acara tahunan malah berperanan penting dalam merapatkan hubungan antara murid pelbagai kaum dari daerah ini.
Katanya, sekolah rendah merupakan titik permulaan penting dalam usaha membentuk generasi masa depan yang lebih bersatu padu.
“Acara seperti ini bukan sahaja menyihatkan badan, malah menjadi platform untuk menyatukan murid-murid berbilang kaum di daerah ini disamping menyemai semangat rahmah insaniah selaras dengan konsep masyarakat MADANI.

Peserta dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Lee Chee
“Kehadiran murid-murid Melayu, Cina dan India dalam acara ini menunjukkan bahawa semangat perpaduan boleh dipupuk sejak dari bangku sekolah,” ujarnya kepada Wartawan Malaysia Aktif usai program.
Turut hadir memeriahkan kejohanan tersebut ialah Penolong Pengarah Unit Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, serta Pegawai Pendidikan Khas Daerah Seberang Perai Utara.
-ZS-