Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Mersing Bersih, Pelancongan Lestari

By 1 hari yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahairi Ahmad Zabidi/Rashid Ibrahim (Mersing)

MERSING, 30 Apr (MalaysiaAktif) – Usaha menjadikan Johor sebuah negeri maju menjelang tahun 2030 terus diperkasakan menerusi pelaksanaan Program Johor Bersih yang kini diperluaskan ke kawasan luar bandar melibatkan 667 buah kampung di seluruh negeri.

Penyertaan pameran daripada agensi kerajaan yang terlibat.

Timbalan Speaker Dewan Negeri Johor Datuk Samsolbari Jamali, berkata program yang bertemakan ‘Anda di Hati Kami’ itu mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan kelestarian pembangunan di kawasan pesisir pantai dan pulau-pulau yang menjadi tarikan utama pelancongan negeri ini.

“Pemilihan daerah Mersing sebagai lokasi kedua bagi penganjuran program ini amat tepat kerana ia menggambarkan iltizam kerajaan negeri dalam memelihara khazanah alam semula jadi yang menjadi permata negeri Johor,” katanya ketika merasmikan Program Jelajah Bandar Bersih Johor 2023 Peringkat Daerah Mersing bertempat di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini semalam.

Dif-dif kehormat bersama peserta program yang hadir.

Samsolbari turut yakin bahawa Jelajah Bandar Bersih Johor 2030 bukan sekadar acara simbolik, malah berperanan sebagai platform pendidikan penting dalam memupuk kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar serta pengurusan sisa pepejal.

“Program ini berjaya menarik lebih 300 penyertaan penduduk setempat dengan pelbagai aktiviti menarik turut diadakan seperti Jom Exchange Al-Quran, Trash to Cash, pertandingan Lebihan Jadi Hidangan dan banyak lagi,” katanya.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp Khalid Mohamed dan Pegawai Daerah Mersing Jamil Hasni Abdullah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda