Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

MTQ Lundu Platform Pupuk Cinta Al-Quran dan Bina Sahsiah Masyarakat

By 1 hari yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Disediakan oleh: Aishah Latip (Sarawak)

LUNDU, 30 Apr (MalaysiaAktif)- Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Peringkat Daerah Lundu 1446H/2025M bukan sekadar acara keagamaan, malah menjadi wadah penting dalam menyemarakkan semangat cinta kepada Al-Quran serta pembinaan sahsiah masyarakat.

Azizul  merasmikan MTQ Daerah Lundu 2025, menekankan Al-Quran sebagai panduan hidup dan pembentukan akhlak di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, YB Azizul Annuar Adenan berkata, aspirasi ‘Sarawak Maju Makmur’ menekankan kepentingan keseimbangan antara pembangunan fizikal dan rohani, di mana Al-Quran menjadi rujukan utama dalam membentuk masyarakat yang berakhlak dan berdaya saing.

“Ini bukan sekadar slogan, tetapi satu cita-cita bersama yang memerlukan jati diri masyarakat berpaksikan nilai agama yang kukuh,” ujarnya semasa merasmikan MTQ Daerah Lundu di Masjid Pehin Sri Adenan Satem, semalam.

Tetamu jemputan dan masyarakat Lundu bersama-sama mengimarahkan MTQ Daerah Lundu 2025.

Beliau turut menggalakkan agar majlis seumpama ini terus diperkasakan dengan semangat membaca, menghayati dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran dalam kehidupan seharian.

Kepada para peserta, beliau menyatakan harapan agar penyertaan mereka bukan sahaja mengharumkan nama daerah, tetapi juga menjadi wakil Lundu ke peringkat yang lebih tinggi.

MTQ Daerah Lundu berlangsung selama dua hari, bermula malam tadi dan akan melabuhkan tirainya pada 30 April 2025.

-RJ-

Tinggalkan komen anda