
Laporan/foto: Sarah Nur Saad/Mohammad Ezwandi (Perak)
TAPAH, 14 April (MalaysiaAktif) – Program Hari Bersama Komuniti (HBK) telah membuka ruang kepada penduduk setempat untuk mengenali lebih dekat Perkhidmatan Pintar di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Air Kuning di sini.

Sesi pendaftaran ahli NADI Ayer Kuning
Menurut kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), program ini merupakan gambaran komitmen SKMM dalam memperkukuh agenda keterangkuman digital dan pembangunan kendiri dan keusahawan komuniti.

Norazwana Mohd Mokhtar sedang menyediakan pesanan daripada pelanggan
Peniaga Norazwana Mohd Mokhtar, 39, berkata menerusi penglibatan kelas dari NADI Mahir Masak, beliau telah mempelajari banyak resipi yang sedap dan menarik.
“Saya sangat gembira dan bersyukur kerana NADI menganjurkan kelas NADI Mahir Masak kerana sedikit sebanyak dapat membantu kami untuk menjana pendapatan tambahan,” ujarnya ketika ditemui.
Selain itu, HBK turut mendapat kerjasama dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerusi Jualan Rahmah MADANI, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menerusi Jualan Agro MADANI dan turut dianjurkan pertandingan e-Sukan persahabatan Mobile Legends antara Ahli NADI Air Kuning dengan NADI PPR Sri Bidor.
Turut hadir Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil untuk merasmikan program ini semalam.
-AA-