
Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor)
JOHOR BAHRU, 21 Apr (MalaysiaAktif) ā Kewujudan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bukan sekadar untuk dikunjungi komuniti setempat, pengurus-pengurus NADI juga boleh keluar menyantuni masyarakat untuk memberi pendedahan mengenai Kempen Internet Selamat.

Datuk Fahmi berkata, NADI juga mempunyai pelbagai program bagi meningkatkan kemahiran keusahawanan dan telah banyak melahirkan usahawan yang mampu menjana ekonomiĀ setempat
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, berkata antara inisiatif kerajaan ketika ini adalah untuk memperluas Kempen Internet Selamat khususnya di semua sekolah.

NADI Taman Sri Skudai telah siap sepenuhnya dan mula beroperasi padaĀ SeptemberĀ 2024
āPengurus-pengurus NADI akan dihantar ke sekolah-sekolah berhampiran bagi meningkatkan kefahaman dan kesedaran di kalangan pelajar mengenai keselamatan dalam talian,ā katanya ketika di temui selepas melawat NADI Taman Sri Skudai, di sini hari ini.
Datuk Fahmi berkata, NADI juga mempunyai pelbagai program bagi meningkatkan kemahiran keusahawanan dan telah banyak melahirkan usahawan yang mampu menjana ekonomi setempat dengan menghasilkan produk-produk bermutu tinggi.
āMelalui penganjuran pelbagai program dan kelas di NADI, usahawan NADI ini juga diberi ruang untuk mengenal pasti pasaran berpotensi dengan pelanggan-pelanggan baharu,ā katanya.
Datuk Fahmi juga menyeru Komuniti MADANI di bawah seliaan Jabatan Penerangan berhubung dengan setiap NADI di kawasan masing-masing untuk melaksanakan aktiviti dan menyebarluaskan maklumat dari NADI kepada komuniti sekeliling.
Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Mano Verabathran, Ketua Pegawai Hal Ehwal Negeri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Bukhari Yahya, Pengarah MCMC Negeri Johor Nurzie Ibrahim dan Pengarah Penerangan Negeri Johor Saiful HishamĀ Mansor.
-AA-