Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

NADI Pupuk Rakyat Manfaatkan e-Tunai

By 9 April 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Fakhri Md Nor

SITIAWAN, 9 Apr (MalaysiaAktif) – Karnival Cashless Society @ NADI telah berlangsung di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Sitiawan, di sini kelmarin bertujuan untuk menggalakkan penggunaan e-Tunai dalam kalangan masyarakat dan peniaga setempat.

“Karnival ini diadakan bagi menggalakkan orang ramai dan menyokong usaha kerajaan dalam membudayakan pembayaran tanpa tunai di dalam pelbagai urusan jual beli,” ujar Pengurus NADI Sitiawan Nurfarah Nabilah.

Antara gerai jualan di karnival tersebut.

Beliau juga berharap orang ramai menyedari fungsi NADI dan dapat meluangkan masa untuk berkunjung ke NADI kerana pelbagai manfaat dan kemudahan disediakan untuk kebaikan komuniti setempat.

“Saya berharap program yang dianjurkan hari ini dapat menarik penyertaan orang ramai dan banyak lagi program-program yang akan dianjurkan di masa depan bagi menarik minat orang ramai berkunjung ke NADI,” katanya.

Menurut Setiausaha Koperasi Ukhwah Sepakat Manjung Ahmad Lotfi Tarmizi pelbagai produk dan barangan asas dijual pada harga yang berpatutan kepada orang ramai.

“Ada juga produk yang harganya jauh lebih murah daripada harga pasaran,” katanya.

Program Jualan Rahmah turut mendapat sambutan.

Pengunjung karnival Munirah Abdul Rahman, 35, berasa amat bersyukur dapat membeli pelbagai barangan keperluan asas di karnival tersebut.

“Harganya pula berpatutan dan ini dapat mengurangkan bebanan perbelanjaan di musim perayaan ini,” ujarnya.

Pelbagai aktiviti diadakan yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat seperti Jualan Rahmah Madani, jualan usahawan tempatan serta penyertaan pelbagai agensi seperti Skim perlindungan takaful nasional mySalam, Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dan Institut Kemahiran Teknikal Lanjutan Barat Utara (NIATS) yang bersedia memberi perkhidmatan kepada komuniti setempat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda