Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Nelayan Darat Tapah Nikmati Kemudahan Jeti Pertama

By 2 hari yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Lapor/foto: Sarah Nur Saad/Mohammad Ezwandi

TAPAH, 10 Apr (MalaysiaAktif) – Jeti Nelayan Darat Kampung Sungai Ranggas, Tapah Road merupakan jeti pertama bagi Komuniti Nelayan Darat untuk daerah Batang Padang, di sini.

Nelayan yang baru tiba di jeti dengan hasil tangkapan.

Menurut Penolong Pegawai Perikanan Cawangan Sumber Perikanan Tangkapan Negeri Perak Muhamad Amir Rullah Marabi, Jabatan Perikanan Negeri Perak telah diamanahkan bagi membina jeti ini yang sempurna dibina pada Disember tahun lalu.

“Pembinaan jeti ini telah memberi manfaat kepada 30 orang nelayan darat setempat untuk memunggah hasil-hasil tangkapan di sini.

“Sebanyak RM200,000 telah disalurkan daripada kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri untuk membuat pembinaan jeti ini,” ujarnya ketika ditemui kelmarin.

Menurut wakil Jawatankuasa myKomuniti Perikanan (myKP) Kampung Sungai Ranggas Ahmad Jozaily Mohd Baharul Saffar, tapak ini dipilih setelah menerima permohonan daripada komuniti nelayan di kampung ini.

“Kemudian diangkat dan seterusnya merealisasikan pembinaan jeti ini.

Bot nelayan sedang menuju jeti untuk menurunkan hasil tangkapan.

“Kami sangat berterima kasih kepada kerajaan kerana membina jeti nelayan darat pertama bagi daerah Batang Padang,” ujarnya.

Katanya lagi, melalui pembinaan jeti ini nelayan darat dapat menambah pendapatan dan meluaskan lagi kawasan untuk turun ke sungai.

“Jeti ini telah memberi banyak manfaat kepada kami dan Jabatan Perikanan juga akan menambah benih ikan untuk mempelbagaikan lagi spesis ikan darat di sungai ini,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda