Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pahang Tubuhkan Akademi Rel Pertama Malaysia

By 2 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Radiah Rahim/Sh. Nurrul (Pahang)

KUANTAN, 14 April (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Pahang menubuhkan Akademi Rel Pahang pada 16 Disember tahun lalu oleh melalui UCYP University sebagai inisiatif strategik bagi menyokong agenda nasional menjadikan Malaysia hab logistik dan pengangkutan serantau termasuklah projek ECRL.

Beliau bergambar bersama pelajar yang layak menyertai akademi tersebut

Penubuhan Akademi Rel Pahang ini bakal mengurangkan kebergantungan negara terhadap tenaga kerja luar dalam industri rel tempatan, di samping ia berperanan membentuk masa depan industri rel melalui program latihan yang memenuhi kehendak industri, merangkumi kemahiran praktikal, teori, sahsiah dan kepimpinan serta disokong rakan strategik seperti Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan Malaysia Rail Development Corporation (MRDC).

Salah seorang pelajar wanita yang ditawarkan ke akademi menerima watikah daripada TPM

Majlis Peluncuran Akademi Rel Pahang telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di sini, pada Jumaat.

Zahid berkata, inisiatif strategik yang dilaksanakan kerajaan negeri itu dilihat memperkasakan lagi sistem rel negara.

“Kita hanya perlu mengikut piawaian yang telah ditentukan itu agar mengguna tenaga yang dikeluarkan dari Akademi Rel Pahang dan lain-lain institusi dalam pengurusan rel,” katanya.

Ujarnya, ini bukan hanya dapat digunakan terhadap permintaan domestik, untuk industri ini tetapi mungkin kita boleh eksport tenaga yang berkemahiran ini ke luar negara kelak.

Melalui akademi tersebut, pelbagai cabang kemahiran di dalam industri rel dapat dilahirkan antaranya, pengendali tren, pengendali sistem dan perancang laluan.

-AA-

Tinggalkan komen anda