Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Pelajar PHT Teroka Warisan Bukit Puteri dan Laksana Misi CSR

By 15 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aini Aziz/Politeknik Hulu Terengganu

KUALA TERENGGANU, 18 Apr (MalaysiaAktif) – Seramai 35 pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan, Politeknik Hulu Terengganu telah menyertai program FIELDWORK DTM10323: Tourism in Malaysia @ Bukit Puteri yang bertujuan memberi pendedahan langsung mengenai pelancongan warisan tempatan serta memenuhi penilaian kursus, di sini kelmarin.

Turut serta pensyarah pengiring dari Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH) yang membimbing dan menyokong sepanjang program berlangsung

Pegawai Perhubungan Awam PHT Nurul Ilyani Abdullah yang juga pensyarah kursus, berkata program ini membantu pelajar menghargai warisan serta menjadi lebih peka terhadap tanggungjawab sosial dalam sektor pelancongan.

Seramai 35 pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan, Politeknik Hulu Terengganu telah menyertai program FIELDWORK DTM10323: Tourism in Malaysia @ Bukit Puteri

“Selain sesi pembelajaran bersama pihak Muzium Negeri Terengganu, para pelajar turut melaksanakan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) seperti mengecat kawasan kubur lama, menanam pokok dan membersihkan kawasan sekitar Bukit Puteri,” katanya.

Pihak Muzium Negeri Terengganu yang diketuai Azuan Harun turut memberi sokongan melalui taklimat sejarah dan kuiz interaktif yang mencetus minat pelajar terhadap sejarah Bukit Puteri.

Turut serta lima orang pensyarah pengiring dari Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH) yang membimbing dan menyokong sepanjang program berlangsung.

Program ini diharap dapat memperkukuh hubungan institusi dengan pihak industri serta melahirkan pelajar yang cakna dan bertanggungjawab terhadap warisan negara.

-AA-

Tinggalkan komen anda