
Laporan/foto: Hasrulazlinda Hassan/Nur Syafiq Mohd Kamaruzzaman (Negeri Sembilan)
KUALA PILAH, 28 Apr (Malaysiaaktif) – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui inisiatif dan agenda nasional Kerajaan MADANI telah melancarkan Program Kampung Angkat MADANI di Kampung Seri Menanti, iaitu kampung angkat kedua selepas Kampung Pulau Aman, Pulau Pinang, kelmarin.

KPPA menyampaikan Bantuan Asas Rahmah kepada penerima.
Majlis Peluncuran yang berlangsung di Kampung Seri Menanti, di sini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dengan kehadiran penduduk sekitar Seri Menanti yang turut meraikan Majlis Sambutan Hari Raya sebagai usaha merapatkan hubungan antara warga perkhidmatan awam dan komuniti.
“Program seumpama ini menunjukkan tekad Kerajaan MADANI menerusi sinergi pelbagai kementerian dan jabatan selaras dengan aspirasi YAB Perdana Menteri dalam memperkukuhkan nilai ihsan demi memperkasakan pembangunan yang seimbang antara bandar dan luar bandar,” katanya.
Menurutnya, Program Sekolah Angkat MADANI juga mencerminkan keprihainan Perdana Menteri terhadap cabaran pendidikan luar bandar dengan memastikan akses pendidikan berkualiti dapat dinikmati secara menyeluruh dan Sekolah Menengah Kebangsaan Za’ba dipilih sebagai Sekolah Angkat MADANI JPA.

Ketua jabatan yang hadir memeriahkan program.
“JPA juga memastikan kebajikan para pesara senantiasa terjaga melalui pemberian bantuan yang ikhlas dengan memastikan nilai-nilai MADANI dapat terus diterapkan,” katanya.
Seramai 20 orang penerima bantuan telah menerima sumbangan bantuan asas semasa program berlangsung.
Program ini juga turut dihadiri oleh Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) Cawangan Kecil Jabatan Perkhidmatan Awam (PCK JPA) Puan Sri Dr. Azlifah Bahari dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Mohd Zafir Ibrahim.
-ZS-