
Laporan/foto: Rahimah Rafiai/Norfaizah Adnan (Kuala Lumpur)
KUALA LUMPUR, 30 Apr (MalaysiaAktif) – Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah melakukan penambahbaikan terhadap kemudahan kafeteria bagi memastikan kebajikan kakitangannya terus terjaga.

Kafeteria HKL yang telah ditambah baik.
Bagi meningkatkan keselesaan, pihak pengurusan telah menambah jumlah tempat duduk, memperbaiki sistem pengudaraan serta memanjangkan waktu penggunaan kafeteria terbuka bagi kakitangan, seiring dengan operasi hospital 24 jam.
‘Penambahbaikan ini dilihat penting bukan sahaja untuk kesejahteraan kakitangan, malah turut menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan mutu perkhidmatan kesihatan negara,” kata Yazid Ahmad, 43, kakitangan di HKL, di sini kelmarin.
Pihak HKL juga disaran mewujudkan mekanisme maklum balas berterusan untuk mengumpul pandangan kakitangan demi memastikan penambahbaikan selari dengan keperluan semasa.
-ZS-