
Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal (Johor Bahru)
JOHOR BAHRU, 27 Apr (MalaysiaAktif) — Bangunan Penjara Ayer Molek yang berusia hampir 147 tahun kini menjadi tarikan baharu pelancongan di Johor dan dikenali sebagai Kota Jail.

Pengarah Operasi Kota Jail, Zul Abbas (kiri) memberikan penerangan berkenaan prosedur dan bahan sejarah yang dipamerkan di dalam Kita Jail kepada Pengarah Tourism Johor, Sharil Nizam
Pengarah Tourism Johor Sharil Nizam, berkata Kota Jail akan menjadi salah satu produk pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia dan Tahun Melawat Johor 2026.

Terdapat jualan makanan, minuman dan barangan tempatan yang dikenali sebagai Jail Market disediakan untuk pengunjung yang datang ke Kota Jail sambil membeli belah
“Tarikan utama pelancongan bukan sekadar pada nilai sejarah, tetapi pendekatan secara santai dan berjiwa tempatan dan juga mendapat maklumat sejarah serta menjaga pemuliharaan warisan tempatan untuk tatapan kepada semua masyarakat.
“Semasa penjara ini beroperasi sebagai institusi tahanan, ia menyimpan rahsia paling lama dan kini kita buka kepada orang ramai untuk merasai suasana dan pengalaman berada di Kota Jail ini,” katanya ketika ditemui semasa lawatannya ke Kota Jail, di sini kelmarin.
Tambah Sharil Nizam, tapak bersejarah ini telah dibuka kepada orang ramai secara percuma dengan berkonsepkan pemuliharaan identiti asal bangunan yang menjadi bahan warisan dan sejarah negeri.
Turut hadir, Pengarah Operasi Kota Jail, Zul Abbas.
-AA-