Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Pentarama X Kelab Malaysiaku Riuhkan SMK Kuala Perlis

By 5 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini/Anuar Che Amat

KANGAR, 16 Apr (MalaysiaAktif) – Program Pentarama X Kelab Malaysiaku: Pentarama Putrajaya pertama kali turun ke Perlis bersama para pelajar sekolah di beberapa buah sekolah di negeri ini.

Antara objektif program ini adalah bagi memberi kesedaran berkaitan keselamatan dalam talian dan juga meningkatkan semangat patriotisme.

Logo Malaysia MADANI turut diperhebahkan menerusi program ini.

Dimulakan dengan pengenalan tentang Pentarama dan Kelab Malaysiaku, kuiz bersama para pelajar mendapat sambutan dan memberikan suasana riuh sepanjang program berlangsung.

Intipati program Pentarama yang telah berlangsung di Dewan Al-Biruni, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Perlis, dekat sini semalam adalah ceramah yang disampaikan oleh Pegawai Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Negeri Perlis Izwan Ismail yang memberi penjelasan berkaitan keselamatan dalam talian.

Para pelajar didedahkan tentang tidak mendedahkan identiti diri seperti alamat kediaman dan nombor kad pengenalan.

Menurut Pengetua SMK Kuala Perlis Norihan Kassimi program sebegini perlu terus diadakan dan ditambah kekerapannya.

“Saya melihat pelajar sangat menumpukan perhatian dan suasana ceria anak murid (pelajar) dengan pengisian penuh informasi dalam bentuk info hiburan.

Sesi fotografi bersama tetamu jemputan dan para pelajar.

“Saya juga melihat Jabatan Penerangan sebagai sebuah agensi kerajaan yang banyak bekerjasama dan dapat membantu pihak sekolah dalam mencapai matlamat ini,” katanya ketika ditemui selepas tamat program, di sini semalam.

Turut hadir , Ahli Dewan Undangan Negeri Indera Kayangan Gan Ay Ling, Timbalan Pengarah (Pentarama) Amsyari Mohamad Suhaimi, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Perlis Mazli Hamdan dan Pengetua SMK Kuala Perlis Norihan Kassim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda