Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Peranan Belia Menangkis Berita Palsu

By 4 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fairuzan Abdul Majid/Mohd Faizal Daros (Muar)

MUAR, 21 Apr (MalaysiaAktif) – Belia-belia Mukim Ayer Hitam dihimpunkan dalam Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi JIWA @ Komuniti MADANI Batu 14-16 bertempat di Dewan Anjung Seri Datuk Abdullah Md. Ali Mukim Ayer Hitam, kelmarin.

Fairuzan dalam sesi penyampaian naratif berkaitan chatbot AIFA.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Naning Datuk Mohd Fuad Tukirin, berkata belia mempunyai pengaruh yang amat besar dan penting dalam menangkis serangan berita palsu dan penyalahgunaan dalam talian kepada masyarakat.

“Rata-rata belia dan remaja memiliki akaun media sosial seperti TikTok yang boleh dimanfaatkan untuk menyebar luas dasar-dasar kerajaan untuk difahami dan dihayati kepada masyarakat pada hari ini,” katanya.

Pada program itu juga, orang ramai yang mendapat manfaat isu semasa menerusi ceramah naratif chatbot Artificial Intelligence Fact-check Assistant (AIFA), Belanjawan Negara serta Kepengerusian ASEAN oleh Pegawai Penerangan Daerah Muar Fairuzan Abdul Majid.

Tetamu yang hadir turut menikmati juadah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang turut diadakan.

Turut hadir Penghulu Kanan Daerah Muar Arif Abd Latif, Penghulu Mukim Ayer Hitam Mohd Fauzi Tubi dan Ketua Komuniti Batu 14-16 Ayer Hitam Jamil Jamirin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda