Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Peratusan Keluar Undi Awal Capai 93.4%

By 29 seconds yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sarah Nur Saad/Muhammad Ezwandi

TAPAH, 24 Apr (MalaysiaAktif) – Proses pengundian awal bagi Pilihan raya Kecil (PRK) Dewan Negeri N.48 Ayer Kuning telah berlangsung kelmarin di dua Pusat Mengundi di sini iaitu Dewan Anggerik, Kompleks Perumahan IPD Tapah dan Dewan Rekreasi Pegawai Kanan, Batalion 3 PGA Bidor.

Senario Hari Undi Awal yang bertempat di Dewan Rekreasi Pegawai kanan, Batalion 3 PGA Bidor

Menurut kenyataan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Datuk Indera Ikmalrudin Ishak, seramai 500 orang pengundi awal yang terdiri daripada polis dan pasangan Polis PGA telah pun mencapai peratusan keluar mengundi sebanyak 93.4%.

Situasi di dalam ruangan Pusat Mengundi

Menurut Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Datuk Harun, sepanjang tempoh pilihan raya ini terdapat 27 laporan yang melibatkan kesalahan pilihan raya namun hanya melibatkan kes-kes kecil sahaja.

PRK Dewan Negeri N.48 Ayer Kuning yang diadakan adalah susulan daripada kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, dan bakal menyaksikan perebutan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Dr. Mohamad Yusri Bakir, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan Bawani KS (Parti Sosialis Malaysia).

-AA-

 

Tinggalkan komen anda