
Laporan/Foto: Mohammad Subuh Jamali / Mohd Azizi Zamri (Sarawak)
SIMUNJAN, 29 Apr (MalaysiaAktif) – Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee, merakamkan penghargaan kepada pihak polis atas komitmen berterusan dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di daerah ini.

Rafhan Kepli, menyampaikan ucapan semasa Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri anjuran IPD Simunjan semalam.
Menurut beliau, kerjasama erat antara Polis Daerah Simunjan dan penduduk setempat terus kukuh, sebagaimana yang terserlah menerusi sambutan meriah Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Simunjan.
“Majlis ini mendapat sambutan hangat daripada warga polis, pemimpin setempat, dan orang ramai yang hadir,” katanya semalam.
Majlis turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris.
-RJ-