
Laporan/foto: Zayana Isa (Pahang)/Politeknik Muadzam Shah
ROMPIN, 17 Apr (Malaysiaaktif) – Kumpulan Meta Lasykar dari Politeknik Muadzam Shah dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga dalam pertandingan Polycc Battle Showdown 2025: Rhythm of Revolution.

Persembahan mantap daripada Meta Lasykar.
Menurut Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Syuhairah Mohd Norhisham Lee, kemenangan yang diperolehi oleh pelajar-pelajarnya adalah hasil kerja keras dan pengalaman menyertai pertandingan sebelumnya.
“Saya merasa bangga dan terharu dengan pencapaian pelajar saya kerana mereka berusaha keras dan begitu bersemangat untuk menyertai pertandingan ini,” katanya yang juga merupakan Pegawai Kebudayaan Politeknik Muadzam Shah.
Tambahnya lagi, walaupun Meta Lasykar bukan mengambil jurusan muzik, namun mereka membuktikan itu semua bukanlah alasan.

Usaha keras Meta Lasykar berbaloi apabila memenangi tempat ketiga dari 10 kumpulan yang berentap di peringkat akhir.
“Ada yang mengambil jurusan kejuruteraan, pelancongan dan teknologi maklumat, namun mereka keluar dari zon selesa dan memberikan komitmen sepenuhnya terhadap pertandingan ini,” katanya ketika dihubungi Malaysia Aktif, semalam.
Kumpulan Meta Lasykar membawa pulang hadiah kemenangan berupa cek bernilai RM500.00, pingat dan plak penghargaan serta sijil penyertaan.
-ZS-