Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

PRK Ayer Kuning Pertembungan Tiga Penjuru

By 4 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporana/foto: Sarah Nur Saad/Mohammad Ezwandi

TAPAH, 12 Apr (MalaysiaAktif) – Pilihan Raya  Kecil (PRK) Dewan Negeri N.48 Ayer Kuning di sini bakal menyaksikan perebutan di antara tiga penjuru parti politik.

Calon rasmi bagi tiga penjuru parti politik.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Datuk Seri Ramlan Datuk Harun, sebanyak tiga kertas penamaan telah dikemukakan oleh calon-calon yang bertanding.

“Dr. Ustaz Yusri Bakir merupakan calon rasmi bagi Barisan Nasional, Ustaz Muhaimin adalah calon rasmi bagi Perikatan Nasional manakala Parti Sosialis Malaysia telah mencalonkan Bawani KS selaku calon rasmi kali ini.

Kelihatan calon dan pencadang di meja makan sementara menunggu pengumuman rasmi oleh pihak SPR.

“Tempoh berkempen bermula selepas pengisytiharan pilihan raya dipertandingkan sehingga jam 11.59 malam, 25 April 2025 hari Jumaat,” katanya.

Menerusi kenyataan SPR petang tadi, aktiviti berkempen diharapkan berjalan dalam suasana yang penuh harmoni serta mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda