Skip to main content
Berita Sabah & LabuanSabah

Program ASAS Perkasa Komuniti MADANI Sabah dengan Latihan Komunikasi dan Teknologi AI

By 19 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Fotografi: Abdul Hadi Abdul Ghani & Asrul Affandi Saplie@Awang Safre (Semporna)

SEMPORNA, 28 Apr (MalaysiaAktif) – Program Akademi Asas Penerangan (ASAS) memainkan peranan penting dalam memperkasa kemahiran komunikasi dalam kalangan Komuniti MADANI, khususnya dalam aspek penyampaian maklumat yang berkualiti dan beretika.

Reruai JAPEN Semporna menerima kunjungan daripada Menteri Komunikasi,  Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil kelmarin.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Semporna, Mohammad Syah Kisun, program ini menyediakan latihan signifikan dalam penggunaan teknologi terkini termasuk kecerdasan buatan (AI), yang berpotensi menjadi medium kreativiti baharu bagi komuniti yang menguruskan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

“Kerajaan telah memanfaatkan AI dalam memerangi penyebaran berita palsu melalui pelancaran Chatbot Sebenarnya.my, dikenali sebagai AIFA. Selain itu, kita akan terus menggerakkan pelbagai program Komunikasi Bersemuka (F2F) di peringkat Komuniti MADANI bagi meningkatkan kesedaran keselamatan dalam talian dan menangani maklumat palsu,” katanya semasa ditemui pada Program ASAS di Sandakan, Sabah, Sabtu lalu.

Tambah beliau, program ini membuka ruang kepada komuniti untuk mengenal pasti isu komunikasi di peringkat akar umbi serta membincangkan penyelesaian secara kolektif.

KP Penerangan, Julina Johan lawat reruai JAPEN Semporna di Program Pemukiman Komuniti MADANI, Sandakan di sini kelmarin.

“Melalui kolaborasi bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Komuniti MADANI juga didedahkan dengan isu keselamatan digital seperti ancaman buli siber, selain memperluas kefahaman terhadap komunikasi berkesan,” ujarnya.

Sementara itu, Adam Tahing, Pengerusi Permuafakatan Komuniti Kampung Kebun, menyifatkan penguasaan teknologi AI terutama dalam penyuntingan video sebagai elemen penting dalam usaha menyampaikan maklumat yang sahih.

“Pendekatan ini membantu kami menangani isu di peringkat komuniti, menyebar berita yang benar serta menangkis maklumat palsu. Ia juga memberi peluang kepada masyarakat mendalami sistem demokrasi Malaysia secara lebih berkesan,” katanya.

Program ASAS ini dianjurkan sempena Program Pemukiman Komuniti MADANI Siri 1 Zon Sabah 2025 di Sandakan dan berjaya menghimpunkan seramai 500 peserta daripada sembilan kawasan Parlimen di Pantai Timur Sabah.

-RJ-

Tinggalkan komen anda