Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Program JIWA@Komuniti MADANI Eratkan Hubungan Warga Selemas Baru dan Agensi Kerajaan

By 28 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Nor Hidayah Ismail/Janica Jasmine Temaga anak James (Sarawak)

BINTANGOR, 28 Apr (MalaysiaAktif) – Sambutan Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri sempena Program JIWA @Komuniti MADANI Sambutan Perayaan bersama Komuniti MADANI Kampung Selemas Baru berlangsung meriah pada pagi tadi.

Rizal Abdullah (kiri) merakamkan kenangan bersama Nor Hidayah (dua  kiri) bersama AJK Komuniti MADANI Kampung Selemas Baru.

Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) @Komuniti MADANI ini merupakan inisiatif sulung tahun ini yang dianjurkan dengan kerjasama antara Pejabat Penerangan Daerah Meradong dan Komuniti MADANI Kampung Selemas Baru.

Ketua Komuniti MADANI Kampung Selemas Baru, Rizal Abdullah, 59, mewakili seluruh penduduk kampung mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pejabat Penerangan Daerah Meradong atas kerjasama yang berterusan.

“Penglibatan Pejabat Penerangan dalam program ini mencerminkan kepercayaan agensi kerajaan terhadap komuniti kami. Kami berharap jalinan kerjasama erat ini dapat diteruskan dalam program-program akan datang,” katanya.

Peserta sukaneka bersedia menyertai aktiviti menarik untuk memeriahkan sambutan ramah tamah pagi ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Komuniti MADANI, Roslan Imie, 50, turut menzahirkan rasa gembira atas komitmen yang ditunjukkan oleh Pejabat Penerangan terhadap komuniti mereka.

“Saya amat teruja melihat kehadiran dan sokongan pihak Pejabat Penerangan. Semoga sinergi seperti ini terus diperkukuh demi manfaat bersama,” ujarnya.

Sambutan Hari Raya turut diserikan dengan taklimat ringkas oleh Pegawai Penerangan Daerah Meradong, Nor Hidayah Ismail, 46, serta pelbagai aktiviti menarik seperti sukaneka dan cabutan bertuah yang mendapat sambutan hangat daripada penduduk Kampung Selemas Baru.

-RJ-

Tinggalkan komen anda