
Laporan/foto: Boniface Watt Su/Abang Haffali Mohd Nor (Pakan)
PAKAN, 11 April (MalaysiaAktif) – Jabatan Penerangan (JAPEN) Daerah Pakan telah melaksanakan Program JIWA@Komuniti MADANI Sembang Santai bersama Komuniti MADANI (KM) Rumah Entengan Tubai Buah yang bertujuan membantu meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat, tetapi juga memperkukuh hubungan sosial antara ahli komuniti.

Ucapan dan ceramah oleh Thomas Mandang di sini semalam.
Program tersebut adalah bertujuan untuk memberikan maklumat dan info semasa khususnya dasar-dasar kerajaan kepada Komuniti MADANI supaya disampaikan kepada penduduk setempat.
“Melalui interaksi yang lebih terbuka, ahli komuniti berpeluang untuk bertukar pandangan, menyampaikan aspirasi mereka serta bekerjasama dalam membangunkan komuniti yang lebih dinamik dan progresif,” kata Pegawai Penerangan Daerah Pakan, Thomas Mandang semalam yang turut dihadiri oleh Pengerusi KM Rumah Entengan Tubai Buah Entengan Matek.
-RJ-