Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Program Sembang Santai Platform Promosi Kuih Tradisional Iban di Kapit

By 3 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Mohd Said Kalihing & Wennie Mathew Endah (Sarawak)

KAPIT, 23 Apr (MalaysiaAktif) – Program Sembang Santai anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Kapit yang berlangsung semalam telah membuktikan keberkesanannya sebagai medium mempromosikan serta memelihara warisan kulinari tradisional masyarakat Iban, khususnya dalam memperkenalkan kuih-muih tempatan yang kian dilupakan.

Gansau (kanan sekali) berkongsi rahsia warisan dalam demo pembuatan kuih tradisional — dari tangan turun ke hati.

Program yang melibatkan penyertaan ahli Komuniti MADANI (KM) Lubok Mawang ini berjaya menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat, termasuk golongan muda, untuk mengenali serta mempelajari teknik penyediaan kuih tradisional seperti sarang semut dan penyaram, dua jenis kuih yang sering menjadi hidangan utama ketika sambutan Hari Gawai.

Peserta program turut berpeluang menyaksikan demonstrasi penyediaan kuih secara langsung yang dikendalikan oleh Gansau Bungkong, 55, seorang suri rumah dan juga ahli jawatankuasa KM Lubok Mawang. Beliau menunjukkan kaedah pembuatan kuih berasaskan resipi warisan keluarga.

Mary menunjukkan demo cara-cara membuat kuih tradisional warisan turun-temurun kepada ahli-ahli KM semalam.

Menurut Pengerusi KM Lubok Mawang, Mary Jalak, 55, program ini bukan sahaja memperkenalkan kuih tradisional kepada generasi baharu, tetapi turut membuka ruang untuk berkongsi resipi lain seperti cuan (kuih ros), kuih sepit, dan pelbagai jenis kuih yang mendapat permintaan tinggi menjelang musim perayaan.

Sementara itu, Pegawai Penerangan Daerah Kapit, Mohd Said Kalihing, menegaskan bahawa Sembang Santai bukan sekadar program penyampaian maklumat semasa, tetapi juga berperanan sebagai saluran penting untuk mendengar pandangan serta keperluan komuniti setempat, terutamanya penduduk rumah panjang di kawasan pedalaman.

Program seumpama ini dilihat mampu memperkasakan peranan komuniti dalam mengekalkan warisan budaya serta merancakkan lagi sektor ekonomi kecil melalui penghasilan produk tradisional tempatan.

-RJ-

Tinggalkan komen anda