Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Proses Penamaan Calon PRK Ayer Kuning Terkawal

By 1 hari yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lina Shukri/Mohammad Ezwandi (Perak)

TAPAH, 13 Apr (MalaysiaAktif) – Suasana sekitar kawasan Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri N.48 Ayer Kuning, pagi semalam berlangsung dengan aman dan terkawal tanpa sebarang provokasi.

Kesiapsiagaan petugas PDRM mengawal keselamatan sepanjang proses penamaan calon.

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin, berkata seramai 778 Pegawai Kanan Polis (PKP), Pegawai Rendah Polis (PRP) dan Pegawai Awam (PA) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak serta beberapa daerah ditugaskan sepanjang proses penamaan calon berlangsung.

“Kesiapsiagaan petugas-petugas Polis DiRaja Malaysia (PDRM) pada hari ini (Sabtu) telah membolehkan proses tersebut berjalan dengan jaya dan lancar tanpa berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya pada sidang media di Dewan Merdeka, di sini.

Kira-kira seramai 1,500 penyokong calon Barisan Nasional (BN), 1,000 penyokong Perikatan Nasional (PN) dan 100 penyokong Parti Sosialis Malaysia (PSM) hadir mengiringi calon masing-masing.

Petugas-petugas PDRM sedang membuat persediaan.

Kesemua penyokong ditempatkan pada jarak 50 meter dari pusat penamaan calon.

Tambah Noor Hisam, beliau berharap agar semua parti yang bertanding dan penyokong tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh melanggar Akta Pilihan Raya 1954 sepanjang tempoh berkempen.

“Isu-isu melibatkan kaum, agama dan raja (3R) perlu dielakkan bagi menjaga keamanan dan kesejahteraan semua,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda