Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Raya Serumpun Riang Ria Aidilfitri Selat Klang Bukti Kesepaduan Empat Kampung

By 1 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rose Ryqal/Zai Zack (Klang)

KLANG, 21 Apr (MalaysiaAktif) – Raya Serumpun Riang Ria Aidilfitri Selat Klang 2025 gabungan empat buah kampung yang diadakan di perkarangan Masjid Nurul Amin, Kampung Delek, di sini semalam menjadi bukti kesepaduan masyarakat di daerah ini.

TPr. Annie Syazrin dan Ketua Kampung Sungai Udang Tok Zaki bergambar kenangan bersama adik-adik yang telah selesai membuat persembahan.

Program unik yang disertai secara serentak oleh empat buah kampung iaitu Kampung Delek, Kampung Raja Uda, Kampung Sungai Udang dan Kampung Telok Gadong ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan silaturahim penduduk setempat melalui sambutan yang meriah dan berskala besar.

“Program seumpama ini diadakan bagi mengimbau kenangan zaman dahulu di mana semua orang berkunjung dan berziarah antara satu sama lain bagi mengeratkan silaturahim.

“Ini juga bagi memberi teladan kepada anak muda kini yang hanya sibuk dengan alat telekomunikasi masing-masing,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) merangkap Ketua Kampung, Kampung Delek Abdullah Abdul Rani.

Pengerusi JPKK merangkap Ketua Kampung, Kampung Delek menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua jawatankuasa yang telah menjayakan program ini.

Pelbagai menu dihidangkan bagi menonjolkan identiti tersendiri malah persembahan setiap kampung turut diadakan sebagai pengisian program.

Program kerjasama dengan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) ini turut dihadiri Ahli Majlis Selat Klang TPr. Annie Syazrin Ismail.

-ZS-

Tinggalkan komen anda