Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

RM15 Juta Bina Semula Masjid Jamek Cherok Tokun Bawah

By 1 hari yang lalu22 seconds yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sufian Rashid (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 13 April (MalaysiaAktif) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, merasmikan pelancaran semula projek pembinaan Masjid Jamek Cherok Tokun Bawah yang bakal dibangunkan dengan kos RM15 juta, di sini semalam.

Barisan tetamu kehormat yang hadir bagi memeriahkan majlis

Masjid baharu ini dijangka menjadi pusat kegiatan keagamaan dan kemasyarakatan yang lebih moden, selesa dan berdaya saing sekali gus memenuhi keperluan jemaah serta penduduk setempat.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri menegaskan bahawa masjid perlu berperanan lebih luas bukan sekadar tempat ibadah semata-mata sebaliknya sebagai pusat pembentukan akhlak perpaduan dan pembangunan masyarakat.

Pemuda Tokun turut hadir memberikan sokongan

“Kekuatan Islam bukan sekadar terletak pada ibadah tetapi juga melalui kebersihan masjid, keindahan persekitaran, akhlak ahli kariah yang terpuji serta disiplin tinggi generasi muda,” katanya.

Sebagai simbol sokongan berterusan kerajaan terhadap pembangunan institusi Islam, Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan bagi tujuan menaiktaraf beberapa surau dan masjid di kawasan sekitar.

Antara penerima sumbangan ialah Surau Haji Yahya, Sungai Sintok (RM736 ribu), Masjid Jamek Jarak Atas, Tasek Gelugor (RM480 ribu) dan Masjid Jamek Permatang Pauh (RM808 ribu).

Majlis pelancaran turut diserikan dengan lawatan ke reruai pameran yang mengetengahkan peranan masjid sebagai pusat pendidikan, kebajikan serta pengukuhan komuniti.

Turut hadir, Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Dato’ Haji Zulkifli Long.

Kehadiran ramai penduduk mencerminkan sokongan padu terhadap usaha kerajaan dalam memperkasa institusi keagamaan.

-AA-

Tinggalkan komen anda