
Laporan/foto: Zurina Saad (Kuala Muda)
SUNGAI PETANI 17 Apr (MalaysiaAktif) – Lembangan Ampang Jajar Sungai Muda merupakan pintu air terbesar di Asia Tenggara dengan memiliki 14 pintu yang membekalkan sumber air bagi menyokong sektor industri dan pertanian merupakan tulang belakang ekonomi bagi negeri Kedah dan Pulau Pinang di samping memenuhi keperluan air domestik.

Pintu air Sungai Muda siap siaga bagi melaksanakan fungsinya sebagai infrastruktur tebatan banjir dan sumber air di Negeri Kedah dan sebahagian Pulau Pinang.
Menurut Timbalan Menteri Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Akmal Nasrullah Nasir, kerajaan telah memperuntukan RM7.5 juta untuk menaik taraf sistem mekanikal dan elektrikal pintu air dan telah berjaya disiapkan pada 30 September 2024.
“Pintu air Ampang Jajar Sungai Muda berada dalam keadaan yang baik dan siap siaga bagi melaksanakan fungsinya sebagai infrastruktur tebatan banjir dan sumber air di Negeri Kedah dan sebahagian Pulau Pinang.
“Pemeriksaan berkala dan kerja-kerja menaiktaraf sistem mekanikal dan elektrikal yang berusia lebih daripada lima belas tahun ini perlu dipandang serius dan perlu dilaksanakan bagi memastikan komponen-komponen mekanikal dan elektrikal dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan,” ujarnya dalam ucapan Perasmian Majlis Perasmian Pengoperasian Bagi Projek Menaiktaraf Infrastruktur Mekanikal dan Elektrikal Serta Lain-Lain Yang Berkaitan Di Ampang Jajar Dan Pintu Air Untuk Pengurusan Lembangan Sungai Muda di sini hari ini.

Sesi lawatan ke tapak projek dan mendengar taklimat yang di sampaikan oleh Pegawai JPS Kedah.
Turut hadir di majlis ini ialah Pengerusi Jawatan Kuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar Negeri Kedah Haji Mohamad Yusoff Zakaria, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pakar), Jabatan Pengairan dan Saliran Datuk Ir. Rozman Mohamad dan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah Ir. Ahmad Solihin Budarto.
-ZS-