Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Komuniti MADANI Peringkat Parlimen Rasah Meriah

By 17 April 2025April 23rd, 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Syafiq Kamaruzzaman/Mohd Khairulnizam Yunus

SEREMBAN, 17 Apr (MalaysiaAktif) – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Komuniti MADANI Peringkat Parlimen Rasah di Dewan Karisma Ballroom, Hotel Arena, di sini kelmarin telah berlangsung dengan meriah.

Cha Kee Chin ketika menyampaikan ucapan.

Seramai 100 orang tetamu telah hadir mewakili Komuniti MADANI di bawah Parlimen Rasah.

Majlis diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen Rasah Cha Kee Chin serta Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri di Parlimen Rasah.

Dalam ucapannya Cha Kee Chin, berkata beliau amat menghargai perpaduan serta kerjasama yang erat dalam kalangan ahli-ahli komuniti MADANI yang menjadikan lidah, mata dan telinga dalam menjelaskan dasar dan inisiatif kerajaan persekutuan dan negeri.

“Saya juga mengharapkan kerjasama seperti ini diteruskan dengan penglibatan masyarakat setempat dengan lebih erat serta dipacu oleh Jabatan Penerangan Negeri Sembilan,” ujarnya.

Cenderahati dan penghargaan daripada Jabatan Penerangan Negeri Sembilan kepada Ahli Parlimen Rasah.

Majlis turut memberi aprisiasi kepada ahli-ahli Komuniti MADANI yang aktif serta memberi sumbangan yang berkesan kepada masyarakat.

-ZS-

 

Tinggalkan komen anda