Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Sambutan Aidilfitri Komuniti MADANI Kebakat Kukuh Hubungan Masyarakat Siam dan Melayu

By 29 April 2025Mei 20th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M. Anizan Mat Daud

TUMPAT, 29 Apr (MalaysiaAktif) – Semangat perpaduan jelas terpancar dalam Program Jiwa@Komuniti MADANI Kebakat Tumpat apabila konsep rumah terbuka yang dianjurkan bersama Komuniti MADANI Kebakat, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan JPKKP Kampung Periok berjaya mengeratkan hubungan antara masyarakat Siam dan Melayu setempat.

Chan Chek Ren dari Persatuan Masyarakat Siam Kelantan

Program yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni ini bukan sekadar sambutan Aidilfitri, malah turut menjadi platform penting menyampaikan maklumat tentang dasar dan kempen semasa kerajaan Persekutuan kepada masyarakat.

Jamuan dimeriahkan bersama sama dengan penuh keharmonian dan kebersamaan

Kehadiran pegawai awam serta pemimpin setempat memberi nilai tambah kepada kefahaman rakyat tentang inisiatif yang sedang dijalankan.

Naib Presiden 1 Persatuan Siam Negeri Kelantan, Chan Chek Ren, 58, menyifatkan keterlibatan mereka dalam sambutan ini sebagai satu penghormatan besar.

“Kemeriahan, kebersamaan dan keharmonian yang terjalin bersama kaum Melayu amat dirasai. Kami benar-benar rasa seperti satu keluarga besar,” katanya ketika ditemui semalam.

Dalam majlis yang sama, turut diadakan pelancaran tapak bangunan baharu bagi Projek SejaTi MADANI di Mukim Kampung Periok, satu usaha yang dijangka mampu menjana lebih banyak peluang ekonomi untuk penduduk setempat.

Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Hasim Mohamed dari Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan bersama Abd. Manaf Abd. Ghani, Pengerusi Giat MARA Tumpat, yang optimis bahawa projek ini bakal membawa manfaat jangka panjang kepada komuniti.

-AA-

Tinggalkan komen anda