Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Serlah Semangat Perpaduan

By 1 hari yang lalu25 seconds yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shamsul Bahari Abdul Shukor

BUTTERWORTH, 13 April (MalaysiaAktif) – Lebih 12 ribu pengunjung pelbagai kaum membanjiri Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth sempena Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025, menjadikannya antara acara sambutan Hari Raya paling meriah dan dinanti-nantikan di Pulau Pinang tahun ini.

Masyarakat berbilang kaum duduk semeja menikmati hidangan

Bagi salah seorang pengunjung, S. Kaamini, 32, majlis ini menggambarkan keindahan perpaduan rakyat Malaysia.

“Saya rasa sangat terharu apabila melihat orang Melayu, Cina dan India duduk semeja berkongsi juadah Hari Raya bersama-sama.

“Inilah wajah sebenar Malaysia yang kita banggakan,” katanya kepada Wartawan Malaysia Aktif, di sini semalam.

Persembahan istimewa oleh Dato’ Hattan menghiburkan pengunjung

Para pengunjung diraikan dengan pelbagai juadah tradisional dan moden yang mencerminkan kekayaan budaya kulinari Malaysia seperti Kambing Golek, Laksa Penang, Mi Kari, Nasi Himpit, Rendang, Mee Sotong, Cendol, Pasembur dan banyak lagi.

Kehadiran artis popular seperti Black Haniffa dan Hattan turut menghidupkan suasana majlis dengan persembahan yang menghiburkan.

Majlis anjuran bersama Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kementerian Sumber Manusia itu disambut penuh kegembiraan dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut disertai oleh Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong dan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Acara yang berlangsung turut diserikan dengan kehadiran barisan Jemaah Menteri, Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Timbalan Ketua Menteri 1, Ketua Setiausaha Negara serta pegawai-pegawai kanan negeri dan persekutuan.

-AA-

Tinggalkan komen anda